DOMINASI INSTAGRAM

Saturday 4 May 2013

Zoo Negara



Assalamualaikum..hr ni nk share gambar2 masa kitorg g KL baru2 ni.xbyk pn tp bolehla untuk sekadar kenang-kenangan hehe..Pergi pun bkn atas tujuan cuti2 Malaysia,nk g hantar anak kawan husband masuk kolej kat sana.
Dorg xtau jalan kat KL,so utk mememudahkan dorg,dorg mtk tlg my hubby drive utk dorg sbb my hubby pernah kerja bawa bas masa muda2 dulu hehe..skrg pun muda lagi tp xberapa nk muda la kn..
Ok,kitorg gerak dari umah lbh kurg pas Isyak dan smpai di Sg Buloh,umah adik ipar kol 12.30 mlm. Nasib si kecil kami x meragam,maklumla first time die jln jauh. Soknya pepagi breakfirst dan gerak ke kolej dlm setengah jam smp la dari umah adik ipar Su. Teringat masa study dulu,kat KL gak tp kat Wangsa Maju.


Di bilik menunggu..sempatla pose jap J




Muhammad Amzar,ibu xlarat nk kejar die dh,ibu letak die dalam bonet hilux huhu..

Lama jgk la tgu siap,pastu hantar kat hostel plak dh siap sume kitorg g lunch kat umah member my hubby punya sedara kat kawasan tu gak la Taman Maluri. Dah siap sume on the way balik singgahla kejap di Zoo Negara..sajala bw Amzar g tgk haiwan2 y ada kat cni,walaupun die kecil lg tp bagusla utk perkembangan minda die btl x..mesti la btl..



Ni antara gambar2 y sempat di ambil..jom tgk






 Susah nak abadikan kenangan dengan husband,sbb dia xsuke bergambar sangat..y dlm ni semua kena paksa jer..

















Huh,dh lama x jalan jauh penat giler..nak pulak dgn ank lg..ape2 pun thanks abg bw g jalan2.. on the way balik singgah kat restoran jejantas Sg Buloh pulak,berhenti makan,pastu gerak balik dan smp dlm kol 9.30 kira awal la 2..Si kecil plak jaga dari tdo,kepala dh pusing ni..sudahnya kol 11.30 br tdo..entry utk kali ini hehe..

Monday 22 April 2013

JOM KITA MENGUNDI

Assalamualaikum...salam 1 Malaysia,dkt2 nk mengundi ni macam rasa ada huhu..patriotik la sgt sy ni..hemm..sebut pasal mengundi ni macam astro,macam2 ada. Asam pedas lah, asam garam lah, macam2 ragam dan cara orang nak tarik undi..

Petang semalam ada program belajar buat cup cake kt kg sy ni..so dgn niat nk g tgk cara2 dorg buat cup cake, kena tgu ank tdo dulu la..kalo x nnt dia meragam..Elok jer nk kuar umah,abh pun smp baru blk keje then dia pun tny la nk g ner?Dalam ht sy ni mmg xde unsur2 politik langsung pun sbnrnye. So, jwb je la nk g blajar buat cup cake."Ktner?".kt umah mak andak. "Sape ajar?"ermm,xtau lar..."dekat nk mengundi ni mcm cara org nk tarik undi,so beringat lar"..itu y abah pesan...

Huh! sbr jer lar..dh smp umh mak andak pun lewat 1/2 jam so umah dia pun dh penuh la. Masuk gak la salin resepi dan tgk ckit2 dorg buat mana y sempat..Ramaila akak, acik2,dok bergosip pn ada..haha mcm2 ragam mak2 ni kn?..sy dan sepupu(Irah) buat hal sendiri xcampur la gosip2 dorg 2..bukan pe,nk campur pun suara dh tenggelam dgn suara dorg.

Betul cakap abah,memang dorg menyelam sambil minum air. Sambil pancing undi..tp abah xyah risau la kalo org jenis sy ni dtg la sebelah mana pun x lut pun huhu..mcm masuk telinga kanan kuar telinga kiri.Sambil tgu kek siap dibakar,dh terasa semacam dh tgk org2 dlm umh tu..So,kitorg pun blk la..malas nk campur..

Nasihat sy buat semua undilah mana yang anda rasa betul.. :-)


Fakta @ Kebetulan

Anak lelaki biasanya ikut muka mak,anak perempuan ikut muka ayah. Orang katabagus mcm 2.Rumahtangga insyaAllah kekal utk slmanya. Kalo ank lelaki ikut muka ayah dan anak perempuan ikut muka mak sebaliknya pulak. Ada org kata jodoh xpanjang.Betul ke,sejauh mana kebenarannya.

Kalo ikut muka mak,ikut prngai mak.Baik maknya baikla anknya.Pernah x dgr 2 semua?Apa2 pn kalo kena cara didikan insyaAllah jd lah mereka ank y soleh dn slehah,btl x?

Wednesday 17 April 2013

Petua Dapur

Assalamualaikum..

Buat kawan2 blogger semua,hari ni saya nk share antara2 petua saya tau dengan anda semua dan bagi yang sudi bolehla share gak petua yang anda tau.

Telur Dadar enak dan wangi
Bagi menambahkan keenakan telur dadar,ambil sesudu air putih biasa. Campurkan ke dalam telur yang telah dikacau bersama bawang dan garam. Goreng seperti biasa.

Peti sejuk tidak berbau
1) Ambil sebiji nanas dan cincang sehingga hancur. Masukkan ke dalam sebuah bekas plastik. Letakkan ke dalam peti sejuk selama beberapa hari. Bau busuk akan hilang.
2) Untuk mengharrumkan peti sejuk anda,ambilkan segenggam daun limau purut dan digunting halus-halus. Masukkan ke dalam bunjut kain dan diikat. Buatlah beberapa bunjut dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila daunnya sudah kering,gantikan yang baru.

Hilangkan kesan kopi
Sapukan sedikit ubat gigi pada cawan atau gelas yang melekat dengan kesan kopi. Ambil sehelai kain bersih dan gosokkan pada bahagian tersebut. InsyaAllah kesan kopi akan hilang.

Elak minyak masak terpecik
1) Masukkan sedikit garam kasar ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Goreng masakan anda seperti biasa.
2) Anda juga boleh menggunakan cara dengan mencarik-carik daun pisang dan masukkan ke dalam kuali dan angkat daun apabila sudah hangus.
3) Lagi satu cara dengan memasukkan asam keping ke dalam minyak sebelum menggoreng.

Sayur goreng lebih sedap
Untuk mendapatkan masakan sayur goring terasa lebih sedap,pastikan semasa menumis bawang putih,tumis sekali sebatang serai yang telah diketuk. Kemudian barulah tumiskan bahan-bahan lain seperti biasa. Cara ini akan memastikan tumisan anda bertambah sedap dan bau masakan lebih menyelerakan.

Buang racun dari sayur
Rendam sayuran anda bersama sedikit garam kasar atau garam biasa. Disamping membuang racun ia juga mengekalkan kesegaran sayur tersebut dan sayur juga tidak akan layu apabila dimasak.

Hilangkan hanyir ikan keli
Untuk menghilangkan hanyir ikan keli,basuh ikan bersama limau dan garam.

Kurangkan air sotong
Bagi menghasilkan sotong yang garing dan kurang berair,gaulkan sotong yang telah dicuci bersih bersama garam dan sedikit kunyit. Kemudian goreng dalam kuali yang panas tanpa minyak masak. Anda akan melihat hasilnya.

Nasi lebih putih
Untuk menghasilkan nasi yang lebih putih,basuh beras menggunakan air garam. Cara ini juga menghalang nasi daripada mudah basi.

Melazatkan ikan beku
Ikan yang lama disimpan dalam peti sejuk akan rasa tawar dan tidak segar. Untuk mengatasinya,rendamkan ikan tersebut dengan susu segar selama 15 minit. Kemudian anda bolehla masak seperti biasa. InsyaAllah ikan akan menjadi segar kembali dan enak dimakan.

Air asam jawa dalam masakan
Dalam masakan yang menggunakan terung,jangan masukkan air asam jawa terlebih dahulu sebelum terung kerana ia akan melayukan terung. sementara untuk masakan yang menggunakan sayur bendi,hendaklah dibubuh air asam jawa dulu sebelum sayur bendi supaya tidak melendirkan masakan tersebut.

Menguji ketuhar
Sekiranya anda ingin mengetahui samada ketuhar cukup panas dan bersedia digunakan atau tidak, masukkan kertas minyak berukuran 5x15cm ke dalam ketuhar. Jika kertas bergulung itu tandanya sudah cukup panas untuk dibakar.

Hilangkan bau botol susu
Setelah beberapa lama digunakan, botol susu biasanya akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Bagi menghilangkan bau,ikut cara-cara berikut:

  • Mula-mula basuh botol susu.
  • Kemudian rendam dalam air sejuk selama 10-15 minit.
  • Setelah itu masukkan air suam, sedikit serbuk sabun dan sedikit garam.
  • Goncang hingga berbuih,biarkan sebentar.
  • Buang air sabun tadi, masukkan semula air suam dan garam. Berus rata-rata.
  • Akhir sekali bilas botol bersih-bersih dan keringkan.

Enakkan rasa nasi putih
Untuk menambahkan keenakan rasa nasi putih, masukkan I sudu besar marjerin atau minyak sapi ke dalam periuk nasi sebelum memasak. Nasi anda akan rasa lebih enak,sedap dan tahan lebih lama.

Sup lebih sedap
Untuk menghasilkan sup yang lebih enak dan sedap,seeloknya anda menyimpan baki minyak masak yang telah digunakan semasa menggoreng ikan atau ayam. Minyak masak tersebut boleh digunakan untuk menumis bahan yang lain untuk memasak sup. Warna,bau, dan rasa sup akan lebih menyelerakan.

Lembutkan daging
Bagi melembutkan daging, masukkan beberapa biji buah kurma ke dalam masakan. Hasilnya daging bukan sahaja lembut tetapi juga lebih sedap.

Cara memilih cili kering
Untuk memastikan cili kering yang dipilih pedas, dapatkan cili kering yang jenis berkedut-kedut. Rasanya lebih pedas berbanding cili yang lain.

Bersihkan siput sedut
Ambil hampas kelapa dan gaulkannya ke dalam mangkuk. Biarkan seketika, kemudian basuh hingga bersih. Hampas kelapa juga mengelakkan siput sedut keluar dari mangkuk.

Membersihkan kerak periuk
Semasa hendak mencuci karak yang ada pada periuk, atasinya dengan merebus kulit kentang dengan kerak tersebut sehingga air menjadi panas. Selepas itu kerak yang melekat akan tanggal dengan sendirinya.

Inilah sahaja petua untuk kali ini..selamat mencuba :-)








Saturday 13 April 2013

Salam Ahad

Assalamualaikum dan selamat berhujung mnggu semuanya..Bagi yang dah berkeluarga tentunya hari ini hari untuk meluangkan masa bersama keluarga. serelah seminggu bekerja kan.Inilah hari untuk bercuti ke destinasi pilihan.

Bagi yang masih single mungkin hari ni hari untuk bertemu si dia kekasih hati ; -)
 atau keluar shopping or window shopping ngn kawan2 btl x?
Bagi saya plak hari ni sepatutnya kena sertai karnival d lumut hari ni tp nmpkny xdptla sbb en. hubby xcht ;-( sedihnye huhu